Google Search

Thursday 31 March 2011

Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Bil. 2/2011

Jawatankuasa Penduduk Taman Mawar Perdana telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Bil. 2/2011 pada 27 Mac 2011 (Ahad) jam 10.00 pagi bertempat di Surau Al Amin, Taman Mawar. Berikut adalah beberapa keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa:-

1.      Persatuan Penduduk Taman Mawar Perdana, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang akan menganjurkan program Gotong-Royong seperti pada butiran berikut:-

          Tarikh : 16 April 2011 (Sabtu)
           Masa : 8.30 Pagi hingga 11.00 Pagi
           Tempat : Kawasan Taman Mawar Perdana
           tempat berkumpul depan Perhentian bas SK KLIA
      Semua Penduduk-penduduk Taman Mawar Perdana, dijemput hadir bagi menjayakan program tersebut.
      Program ini dianjurkan adalah bertujuan untuk menerapkan budaya cara hidup yang sihat dan menjaga kebersihan kawasan perumahan kita.

Sekiranya ada sumbangan kewangan atau makanan yang hendak dihulurkan boleh serah kepada biro seranta dan ekonomi,  En megat manakala biro sukan dan rekreasi menguruskan hal berkaitan gotong royang

2. Biro keselamatan dan kebajikan En. Azli sedang mengumpul sukarela untuk rondaan keselamatan Taman Mawar Perdana, kepada penduduk-penduduk yang berminat boleh memberikan nama pada AJK secepat mungkin.

Thursday 17 March 2011

Doa Permintaan Penduduk Taman Mawar Perdana

“Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya” (Surah Ali ‘Imran: 8).

Thursday 3 March 2011

Makluman : Penduduk

Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) akan menganjurkan  Larian Pantai Bagan Lalang 2011 pada 19 Mac 2011 sempena Pesta Air Selangor 2011.  Lima (5) peserta terawal untuk setiap JPP zon. Pendaftaran adalah percuma. Penyertaan terbuka kepada 4 kategori iaitu :

                 *   Lelaki terbuka 6km
                 *   Wanita terbuka 3.5km
                 *   Veteran lelaki terbuka 3.5km
                 *   Veteran Wanita terbuka 3.5km

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 17 Mac 2011. Borang penyertaan boleh diambil pada En. Faiz (42A, Jln MP2A). Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada atau sebelum 16 Mac 2011.

Sekian, terima kasih.
Penerangan mengenai logo:

1. Warna Hijau melambangkan persekitaran yang kehijauan dan nyaman.
2. Warna Biru Cair melambangkan bulatan bumi yang aman.
3. Warna Biru Gelap melambangkan keceriaan, perpaduan dan setiakawan.
4. Warna Kuning melambangkan kedaulatan.
5. Warna Merah melambangkan ketegasan dan bersatupadu dalam membanteras jenayah.
6. Gambar Orang membawa maksud semangat kekeluargaan penduduk.
7. Gambar Rumah membawa maksud suasana kediaman yang selesa.
8. Moto logo "                             ".

KUTIPAN YURAN KEAHLIAN

Mesyuarat Agong Persatuan Penduduk Taman Mawar Perdana (PPTMP) BBST yang bermesyuarat pada 20 Februari 2011 telah membuat keputusan untuk mengutip yuran keahlian bagi semua ahli yang telah membuat pendaftaran bermula pada bulan Mac tahun 2011. Seseorang pemohon untuk menjadi ahli dikira sah menjadi ahli apabila membayar yuran pendaftaran RM10.00 dan yuran keahlian RM10.00 sebulan sebagaimana termaktub di dalam Undang-undang Tubuh Persatuan. Kepada ahli yang belum menjelaskan yuran keahlian RM10.00 sebulan hendaklah berbuat demikian sebelum 7hb bulan Mac ini. Yuran keahlian boleh dibayar kepada Wakil Lorong seperti berikut :

Wakil Lorong 1A =   Encik Abdul Halim (47, Jln MP1A)

Wakil Lorong 2A =   Encik Mohd Azril (8, Jln MP2A)
                              Encik Saiful Amri (39, Jln MP2A)

Wakil Lorong 3A =   Encik Kamaruddin Ahmad (36, Jln MP3A)

wakil-wakil lorong ini bertanggungjawab ke atas kutipan yuran yang dibuat oleh tuan/puan untuk disalurkan kepada Bendahari.

BERITA KELAHIRAN CAHAYA MATA

Berikut adalah antara ahli keluarga persatuan Taman Mawar Perdana yang telah mendapat cahaya:-

1. Keluarga En. Mohd Azril Bin Mohd Ariff, No. 8, Jalan MP2A yang telah mendapat cahaya mata lelaki pada 27 Jan 2011. Bayi berkenaan dilahirkan di Hospital Serdang.

2. Keluarga En. Mohd Shukor Bin Yusof, No. 17, Jalan MP2A yang telah mendapat cahaya mata lelaki pada 7 Februari 2011. Bayi berkenaan dilahirkan di Hospital Putrajaya.

3. Keluarga En. Fadzil Adly Bin Ishak, No.10, Jalan MP2A yang telah mendapat cahaya mata pada 26 Feb 2011. Bayi berkenaan dilahirkan di Hospital Serdang.

Tahniah diucapkan dan semua ahli persatuan mendoakan supaya anak yang dilahirkan sihat walafiat dan mendapat perlindungan daripada Allah S.W.T.

Wednesday 2 March 2011

Kemaskini email Ahli Persatuan

Persatuan Penduduk Taman Mawar Perdana sedang mengemaskini maklumat emel semua ahli persatuan. Ini adalah untuk memudahkan perhubungan dan hebahan mengenai makluman, berita terkini dan aktiviti yang akan dijalankan dari semasa ke semasa.

Semua ahli diminta memaklumkan alamat emel yang selalu digunakan kepada pptmpsepang@gmail.com dengan menyatakan:

1. Nama Ahli :
2. No. Rumah :
3. No. Jalan :
4. Emel :

Kerjasama daripada semua ahli persatuan amatlah dihargai. Terima kasih.

Tuesday 1 March 2011

Makluman : Penduduk

En.Shamsul Anuar Bin Mohd Radzi yang beralamat No. 8 Jalan MP3A, Taman Mawar Perdana, 43900 Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor telah dimasukkan ke Hospital Al Zahrah, Bangi pada 28 Feb 2011. Tendon beliau putus ketika bermain futsal persahabatan antara BPP pada malam 27 Feb 2011 yang lalu. Beliau akan menjalani pembedahan pada hari ini 1 Mac 2011. Marilah sama-sama kita doakan keselamatan dan kesihatan pada beliau.

Mesyuarat Agong Kali Ke 1, Persatuan Penduduk Taman Mawar Perdana

Mesyuarat Agung Kali Ke-1 Persatuan Penduduk Taman Mawar Perdana telah diadakan pada butiran berikut:-

Tarikh : 20 Februari 2011 (Ahad)
Masa : 8.00 Pagi
Tempat : Kantin, Sek. Keb KLIA, BBST

Agenda mesyuarat:
1. Ucapan Aluan Pengerusi Penaja
2. Pembubaran AJK Penaja
3. Perlantikan AJK
4. Pembentangan Undang-Undang Tubuh PPTMP
5. Hal-hal lain.
 Semua penduduk Taman Mawar Perdana adalah dijemput hadir ke mesyuarat berkenaan.