Google Search

Thursday 31 March 2011

Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Bil. 2/2011

Jawatankuasa Penduduk Taman Mawar Perdana telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Bil. 2/2011 pada 27 Mac 2011 (Ahad) jam 10.00 pagi bertempat di Surau Al Amin, Taman Mawar. Berikut adalah beberapa keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa:-

1.      Persatuan Penduduk Taman Mawar Perdana, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang akan menganjurkan program Gotong-Royong seperti pada butiran berikut:-

          Tarikh : 16 April 2011 (Sabtu)
           Masa : 8.30 Pagi hingga 11.00 Pagi
           Tempat : Kawasan Taman Mawar Perdana
           tempat berkumpul depan Perhentian bas SK KLIA
      Semua Penduduk-penduduk Taman Mawar Perdana, dijemput hadir bagi menjayakan program tersebut.
      Program ini dianjurkan adalah bertujuan untuk menerapkan budaya cara hidup yang sihat dan menjaga kebersihan kawasan perumahan kita.

Sekiranya ada sumbangan kewangan atau makanan yang hendak dihulurkan boleh serah kepada biro seranta dan ekonomi,  En megat manakala biro sukan dan rekreasi menguruskan hal berkaitan gotong royang

2. Biro keselamatan dan kebajikan En. Azli sedang mengumpul sukarela untuk rondaan keselamatan Taman Mawar Perdana, kepada penduduk-penduduk yang berminat boleh memberikan nama pada AJK secepat mungkin.

No comments:

Post a Comment