Google Search

Thursday 3 March 2011

KUTIPAN YURAN KEAHLIAN

Mesyuarat Agong Persatuan Penduduk Taman Mawar Perdana (PPTMP) BBST yang bermesyuarat pada 20 Februari 2011 telah membuat keputusan untuk mengutip yuran keahlian bagi semua ahli yang telah membuat pendaftaran bermula pada bulan Mac tahun 2011. Seseorang pemohon untuk menjadi ahli dikira sah menjadi ahli apabila membayar yuran pendaftaran RM10.00 dan yuran keahlian RM10.00 sebulan sebagaimana termaktub di dalam Undang-undang Tubuh Persatuan. Kepada ahli yang belum menjelaskan yuran keahlian RM10.00 sebulan hendaklah berbuat demikian sebelum 7hb bulan Mac ini. Yuran keahlian boleh dibayar kepada Wakil Lorong seperti berikut :

Wakil Lorong 1A =   Encik Abdul Halim (47, Jln MP1A)

Wakil Lorong 2A =   Encik Mohd Azril (8, Jln MP2A)
                              Encik Saiful Amri (39, Jln MP2A)

Wakil Lorong 3A =   Encik Kamaruddin Ahmad (36, Jln MP3A)

wakil-wakil lorong ini bertanggungjawab ke atas kutipan yuran yang dibuat oleh tuan/puan untuk disalurkan kepada Bendahari.

No comments:

Post a Comment