Google Search

Friday 26 August 2011

SELAMAT HARI RAYA IDUL FITRI 1432H

Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Mawar Perdana, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang 2011/2012 mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Idulfitri 1432H kepada semua penduduk Taman Mawar Perdana. Kami juga ingin memohon jutaan kemaafan sekiranya sepanjang kami mengendalikan persatuan ini terdapat kekurangan, terkasar bahasa dan sebagainya. Menjelang IdulFitri yang mulia ini, marilah kita mengucapkan rasa kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana berjaya melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Marilah sama-sama kita menyempurnakan ibadah puasa yang masih tinggal beberapa beberapa hari lagi dengan memperbanyakkan amalan seperti tarawih, tadarus, qiamullail, bersedekah dan sebagainya. Semoga kita dipertemukan oleh Allah dengan malam Lailatul Qadar, malam yang lebih baik daripada seribu bulan.

Insya Allah, Majlis Hari Raya Aidilfitri Taman Mawar Perdana pada tahun ini akan diadakan pada 17 September 2011 (Sabtu), jam 6.00 petang, bertempat di Pondok Pos Keselamatan. Bersama-samalah kita mengukuhkan ikatan ukhuwah di kalangan penduduk Taman Mawar Perdana dengan bermaaf-maafan dan beramah mesra di antara satu sama lain. Semoga Taman Mawar Perdana bertambah maju, sejahtera, aman dan harmoni.

No comments:

Post a Comment